Pages

Friday, 3 January 2014

BAYI & TEETHER

Melihat gelagat bayi yang merengek sambil menggigit jari atau apa sahaja yang dipegang sambil air liur meleleh adalah perkara biasa di kalangan si manja yang dalam proses tumbuh gigi.
Biasanya bayi akan diberi alat yang dapat membantunya mengurangkan rasa gatal tersebut. Alat yang lebih dikenali sebagai teether membantu melegakan bayi yang mahu tumbuh gigi.
Apabila gigi si kecil mula tumbuh, dia akan mengalami rasa tidak selesa di bahagian gusi. Bayi mungkin berasa gusi seakan gatal dan bengkak. Ketika ini, dia suka menggigit benda keras atau menghisap jarinya sendiri.
Untuk mengelakkan si kecil menggigit benda-benda keras yang tidak bersih, lebih baik anda segera memberinya teether. Ini kerana objek lain mungkin boleh mencederakan gusi bayi.

Namun sebelum itu ketahui panduan membeli teether yang selamat untuk si  kecil anda.
1.Mudah dipegang – Terdapat pelbagai bentuk rekaan teether di pasaran seperti bentuk empat segi, kunci, haiwan dan sebagainya.
2. Boleh digigit – Pilihan teether jenis getah kenyal mampu mengurangkan rasa sakit gusi bayi. Sejukkan terlebih dahulu (bukan dibekukan). Begitu juga jenis kain yang secara tidak langsung dapat ‘mengelap’ air liur bayi yang meleleh. Namun, pastikan ia selalu dibasuh.
3.Menarik perhatian – Ada sesetengah teether mempunyai muzik dan berwarna-warni. Tetapi ia biasanya bukan melegakan rasa sakit gusi. Ia sekadar teman bermain dan melatih si kecil memegang.
4. Non-toxic– Keselamatan adalah perkara utama dalam memilih produk untuk si kecil. Selain berwarna-warni, mempunyai reka bentuk yang menarik, pastikan teether diperbuat daripada bahan non-toxic. Ini kerana teether akan digigit oleh bayi.
5. Jaminan kualiti dan keselamatan – Bagi yang mampu, tidak menjadi masalah jika membeli teether yang berjenama untuk jaminan kualiti dan keselamatan.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...