Rasulullah SAW amat suka minum madu yang
dicampur dengan air sejuk. Amalan ini baik untuk tujuan kesihatan. Antara
khasiat-khasiat amalan ini ialah:
- Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
- Mencuci perut.
- Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
- Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
- Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Minuman Manis Dan Sejuk
Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa:
"Di antara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah SAW suka minuman manis
dan sejuk". Hadis bermaksud, baginda menggemari minuman manis dan sejuk,
campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Dalam suatu doa Rasulullah ada
menyebut "Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari
cintaku kepada nyawa, harta, anak dan cintaku kepada air sejuk".
Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu
minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika
terkumpul di dalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling
bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ia sekali gus berperanan
sebagai bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk ke dalam tubuh lalu
menyalurkannya ke seluruh anggota badan.
Ringkasan Adab Minum
Gelas atau cawan hendaklah dipegang
dengan tangan kanan.
Bacalah "Bismillah".
Minum dengan tiga nafas.
Minum dalam keadaan duduk.
Jangan bernafas ke dalam air. Setiap
kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.
Setiap kali berhenti minum (pada setiap
penafasan), bacalah "Alhamdullilah".
Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah
diharuskan minum sambil berdiri.
Minum dari baki air yang telah diminum
oleh orang lain. Hadis menyatakan bahawa saki baki air minuman seseorang Islam
adalah ubat untuk penyakit.
Jangan terus minum selepas dari
melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:
Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah
No comments:
Post a Comment