Pages

Monday 30 December 2013

CERITERA OMEGA PUNYA HAL..!!

OMEGA KESAYANGAN KU
Hari ni hari terakhir promo omega... Rase mcm sedih pulakkk... Ye lah, ni antara produk hot Shaklee.. Normal price dah RMXXX, tp bila time promo mcm ni dpt bantu rakan2 yang nak kan produk ni utk dapat harga terbaik dari ladang cuma RMXX jek....

Hurmmm.... hari terakhir jgk kita semua nak melangkah ke Tahun 2014, meninggalkan 2013 dengan seribu satu kenangan... kannnn...!!
Oke, jom kita tinggalkan 2013 tu dengan semangat baru usaha baru, sume serba baru lah... nak yg +ve aje tau, yg -ve sila pegi main jauh-jauh.... Ngeeeee...

Menulis pasal omega ni kan, sy nak share pengalaman sendiri bg anak2 makan omega ni.. Mmg dorang susah nak dijangkiti demam, pastu IQ jgn cakap la... hari2 ade je benda2 baru, soklan2 yang kadang2 xterjangkau dek akal nak menjawabnya.. heheh.... Baby Eulfah pn senang nk terima omega yang dipecahkan n digaul dengan nasik, xde pulak dier xlalu nak mkn sbb hanyir ke ape, sme jgk mcm Rayyan... So, syukur di situ anak2 da mula mengenal ape itu vitamin dan ape keperluan omega dalam tubuh badan.

Incik suami pulak, sejak amek omega ni.. sy tengok beliau lg bermaya, kurang dah rasa selalu nak demam tu, sbb beliau ni kalo demam amek masa jgk nak sembuh.. Memang diakui beliau merupakan perokok dan sedang berusaha utk ke arah X NAK tu, tp pelan2 kayuh ye dak...!! Xmo paksa2 dier..

Saya sendiri sejak amalkan omega, rse cergas je selalu... segar jek mata.. Alhamdullillah.. sbb kita orang perempuan ni byk keje nak di lakukan seharian kan... Perubahan paling ketara, lemak2 diperut mula berkurangan, part ni lemak ni paling sy suka nak share.. Mmg omega bantu untuk cairkan LEMAK pulak tu naik kan lagi metabolisme badan kita. Terasa ringan sket badan.. maklumla, da branak pinak ni kadang2 lemak pn menumpang dan berkampung agak byk di perut kan.. so jalan mudah nya, jom amalkan omega... ;)

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah

Thursday 19 December 2013

KASUT & BAYI

Berikut adalah beberapa kriteria yangg boleh dijadikan panduan sewaktu memilih kasut untuk si kecil anda :


1.  Masa yang sesuai untuk membeli kasut – Untuk pembelian kali pertama, biasanya waktu yang sesuai ialah apabila anak anda mula merangkak kerana selepas merangkak anak anda akan mula berjalan. Diwaktu ini juga anda boleh mula mengajar anak anda bertatih setiap kali kasut dipakaikan dikakinya.

 
2. Elakkan dari membeli di waktu sesak dan ramai orang - Ini biasanya terjadi bila dekat nak raya atau sewaktu jualan murah. Selain dari faktor lapar dan mengantuk, anak anda juga mudah meragam jika kedai yang anda masuki penuh dengan pengunjung hingga perlu berasak-asak dan bersesak-sesak. Jika anak dah meragam, memang agak sukar bagi anda untuk memilih kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anak anda.
 
3. Ukur kasut di kaki anak – Sebelum membeli kasut, cuba kasut di kaki anak anda terlebih dahulu. Sebaiknya kasut dicuba sewaktu anak anda dalam keadaan berdiri dan memakai sarung kaki (atau stokin). Biasanya kaki kiri dan kanan tak semestinya sama besar. Jika ini berlaku, pilih kasut ikut ukuran kaki yang lebih besar.


4. Pilih kasut yang lembut di bahagian dalam, bertapak lembut dan mudah dilentur - Kasut yang lembut dibahagian dalam biasanya lebih selesa di pakai, apatah lagi kaki anak anda masih lembut.


5. Elakkan kasut yang runcing di bahagian depan dan bertumit tinggi - Kasut dengan reka bentuk sebegini bukan saja tidak sesuai dan tidak selesa dipakai oleh kanak-kanak, ia juga akan mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki. Selain dari itu, kasut yang runcing di bahagian depan boleh menyebabkan kaki anak  anda melecet dan luka.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah

Tuesday 17 December 2013

KATA KAN YESSSS....!!!!

KATA KAN YES....!!!

Anda pengguna SHAKLEE tapi masih belum mendaftar keahlian shaklee???
RUGI..!! RUGI...!! RUGI...!! tak kan setiap bulan nak tgk je org lain dapat CASH BONUS.. 2 angka, 3 angka yg dapat bonus 4-5 angka pun ramaiii... *PLISSS RAJIN OKE... ;)

MCM MANA NK JOIN...????
Tak susah pn.... Nak yang FREE bole, nak yang daftar trus pon bole...

Caranya:

Cara FREE:
Buat belian sehingga RM650 untuk sebarang produk, dengan 200 UV (unit value) anda layak mendapat keahlian percumaaa.....!!!

ATAU

Cara berbayar:
RM65 shj ( add RM10 utk kos penghantaran)
Keahlian yang anda dapat tu seumur hidup tau, tiada yuran tahunan..

Anda akan dapat Business Kit yang mengandungi:

1. Catalog
2. Product Guide
3. Business Manual

Kenapa perlu beralasan lagi...??

"takut lah nk join, kt luar sana ramai dah yang jual Shaklee.."
++jgn mcm tu deknon, kt luar sana tu ramai lagi customer yg bole beli Shaklee dgn awak, Allah dah tetapkan rezeki masing2.. janji mau rajin....!!

"nanti mcm mana nak pos barang...??? susah la saya nk pegi post-office"
++tak payah beratur panjang nk pos barang dah deknon, sekarang ni klik klik je kt web Shaklee, Shaklee yg pos barang.

AWASSS...!! JANGAN BERALASAN lagi...
Lagi lambat anda join, lagi lambat lah dapat benefit nya kann.. kan.. kan....

Xsusah mana pn, alasan ada baby, menyusukan baby... saya pn lalui benda yang sama, saya boleh kenapa tidak ANDA...

Jom jom... cecepat sign up... Nak sign up sendiri pn boleh, juz guna ID saya 968194 sebagai penaja anda... Anda buat, anda dapat... ;)

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah

HERB-LAX IN DA HOUSE....!!

 
HERB-LAX
 
APA ITU HERB-LAX...???
Mcm best jek, mcm syok jek....
 
Mmg syok pn.... Oke jom baca apa yg si Herblax ni bole buat...
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
 + 
 

Herblax dirumus dari 9 herba semulajadi iaitu:
  • Alfalfa Leaves.
  • Senna Leaves.
  • Anise Seed.
  • Blue Malva Flower.
  • Buckhorn Bark.
  • Licorice Root.
  • Rhubarb Root.
  • Fennel Seed.
  • Culver’s Root. 

 
Apa Kebaikan Herblax ni...???
  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi.
  • Mengempiskan perut.
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Boleh diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas, sebagai minuman teh herba.
Siapakah yang perlu amalkan Herblax ni...???
  • Pengamal tegar ubat tahan sakit.
  • Mereka yang ada masalah pembuangan, perkumuhan kurang lancar dan sembelit.
  • Mereka yang mengalami banyak jerawat.
  • Pesakit gout.
  • Mereka yang ingin membersihkan usus.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

 

Monday 16 December 2013

COLLAGEN SHAKLEE

GEBU & MULUS

Apa itu Collagen? 

 
Ramai orang kaitkan kolagen untuk mendapatkan kulit yang cantik, gebu, mulus, licin tanpa jerawat dan jeragat serta wajah muda menawan.Collagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan keanjalan kulit dan tisu badan.

Collagen sebenarnya banyak membantu dalam kecantikan dan kesihatan.Collagen juga mengekalkan badan yang muda, anti-penuaan, mencegah penyakit dan meningkatkan kesihatan badan. Paras Collagen yang tinggi menyerlahkan tubuh yang sihat dan menampilkan wajah yang lebih muda.

Tetapi apabila usia semakin meningkat, Collagen di dalam badan juga semakin berkurang. Antara kesan kekurangan kolagen adalah:-

• Garis-garis kedutan, lingkaran hitam bawah mata akan kelihatan
• Rambut kering dan bercabang
• Liang roma jadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan
• Garis halus kelihatan pada leher
• Gusi tidak sihat
• Payudara dan punggung kendur
• Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi
• Kulit kering, kulit hilang keanjalan, kelihatan lebih tua

Apabila tanda-tanda di atas muncul, ramai wanita mula rasa gelisah kerana merasakan diri tua dan tidak cantik. Tetapi jangan risau, kemerosotan kolagen secara semulajadi tersebut boleh gantikan dengan pengambilan makanan tambahan yang tepat.
Kebaikan Shaklee Collagen Powder
• Anti Penuaan - mengecilkan liang pori yang kelihatan dan menghilangkan kedutan dan garis halus
• Mengembalikan Keanjalan - menjadikan kulit lebih tegang, anjal, dan lembut
• Melembap - melembapkan kulit bagi mengurangkan rasa kering dan gatal pada muka
• Mencerah -mengurangkan pigmentasi, jeragat, dan kulit tidak sekata
• Menegang - membantu menegang dan menganjalkan payudara
• Menyubur - menjadikan rambut lebih sihat, tidak mudah gugur dan bercabang, serta tebal dan bersinar
• Meningkat Pergerakan - menyokong kesihatan sendi dan kekuatan tulang

Ujian Klinikal menunjukkan Collagen Shaklee:
60% lebih KELEMBAPAN
75% lebih KELICINAN
80% kurang KEDUTAN
90% lebih KESERIAN
 
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah
 

ANDA STRESS...????


1. Memahami Stress (Tekanan) Stress adalah keadaan normal badan dalam menghadapi bahaya ataupun terasa dikecam. Apabila anda berada dalam keadaan bahaya, badan biasanya akan memberi tidakbalas tersendiri. Dalam keadaan terkawal, adrenalin ditambah menyebabkan badan dan fungsi otak menjadi bertenaga. Mampu mengerah dengan menutup sebahagian fungsi dan memberi tumpuan kepada kepekaan (fokus), tahap berfikir dan tindakbalas sekali ganda berbanding normal bagi membolehkan seseorang terus hidup (contoh: ketika menghindari kemalangan).

Tindakbalas stress juga membolehkan kita bangun menghadapi cabaran. Contohnya tumpuan terhadap kecemerlangan dalam memberi penerangan (presentation), pelajar menjadi fokus dalam mengulangkaji ketika hampir hari peperiksaan daripada biasanya dihabiskan untuk menonton tv dan lain-lain.

Namun, melebihi dari tahap tertentu, stress boleh mendatangkan mudarat. Stress tidak terkawal sebegini (walaupun seseorang itu nampak tenang) namun berupaya memulakan kerosakan terhadap kesihatan, mood, produktiviti dan hubungan kita dengan seseorang, juga kualiti hidup.

2. Badan Tidak Mengenal Punca Stress Keburukan stress adalah keseluruhan sistem tindakbalas badan tidak mampu mengenali samada stress yang dihadapi adalah dalam bentuk a. fizikal mahupun b. psikologi. Tekanan berjam-jam dalam kesesakan jalanraya, pekerjaan dan sebagainya mengarahkan badan memberi tindakbalas yang sama seperti anda dalam situasi hidup/mati. Jika anda sentiasa serius dan risau, tidak mustahil badan anda sentiasa 'on' terhadap stress. Lebih kerap badan anda diaktifkan bagi memberi tindakbalas terhadap stress, lagi sukar keadaan badan untuk 'off' dan ini memudaratkan.


3. Perubahan Keadaan Badan Semasa Stress
- Degupan jantung dan tekanan darah lebih tinggi meningkatkan pengaliran darah ke otak; meningkatkan tahap rasional berfikir,
- Gula dalam darah meningkat (untuk penguraian glukosa, lemak dan protein sedia-ada) memberi lebih tenaga kepada badan
- Darah dipesongkan dari mengalir ke perut ke arah otot di tangan dan kaki membolehkan anda berlari lebih laju dalam menyelamatkan diri.

4. Penyakit Akibat Stress Pendedahan berpanjangan terhadap stress boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan berbangkit. Stress yang kronik mengacau hampir setiap sistem dalam badan. Stress boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kelemahan sistem imunisasi badan, mandul dan penuaan (aging). Stress yang tidak kenal penyudahnya boleh menyebabkan kegagalan sistem otak, menyebabkan kita berterusan beremosi, menjadi gila, kerosakan minor/major terhadap fizial (dalaman/luaran) akibat sistem badan tidak diregulasi secara normal.

5. Gejala Penyakit Akibat StressSakit kepala (migrain) - akibat peningkatan mendadak pengaliran darah
Kejang otot - akibat saraf simpathetic yang tinggi
Sakit sekitar mulut - tekanan berlebihan keatas gusi
Jarang bermimpi ketika tidur - tidur tidak nyenyak
Gusi berdarah - hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan seterusnya menyenangkan jangkitan bakteria di mulut
Jerawat - hormon tidak seimbang
Mengidam makanan manis - bukan sebab estrogen, tetapi kerana logik stress semata-mata
Kegatalan kulit - pengaktifan saraf yang memberi sensasi gatal pada kulit
Alergic berlebihan - imunoglobulin E (IgE) dirembeskan dalam darah memberi sensasi alergic
Sakit perut tiba-tiba - teori saraf di otak yang stress menyebarkan tidakbalas ke saraf di sistem perut yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan normal.

6. Berapa Banyak Stess Yang 'Terlebih'? Bergantung kepada individu. Jadi adalah penting untuk kita memahami badan dan mengenalpasti had diri sendiri terhadap stress. Seseorang mampu menerima banyak kali tumbukan berbanding orang lain, dan seseorang mampu menghadapi tekanan hidup lebih tinggi berbanding orang lain.


KLIK-----> http://babyeulfah.blogspot.com/search/label/B-COMPLEX

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

Saturday 14 December 2013

GAYA TIDUR BAYI


Apakah corak tidur bayi pada usia ini?

Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam.

Ini bermakna: Anda tidak akan dapat tidur terus tanpa gangguan. Pada waktu malam pula, anda akan terpaksa bangun untuk menyusukan anak dan menukar lampin; pada waktu siang pula, anda juga akan bermain dengannya.

Ramai ibu bapa risau mengenai risiko kematian kot pada masa beberapa bulan pertama usia bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah:

  • Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.
  • Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut.
  • Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 24 atau 25 darjah C.
  • Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet.
  • Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk.
Walaupun sesetengah bayi tidur sepanjang malam seawal lapan minggu, kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau lebih lewat dari itu. Jika anda mahu bayi anda tidur sepanjang malam, anda boleh membantunya dengan mengajarnya tabiat tidur yang baik seawal mungkin.

Credit to www.babycenter.com

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

Friday 13 December 2013

B-COMPLEX

Asid folik atau folate adalah vitamin B9 yang selalunya dijumpai di dalam sayuran hijau, jus buahan dan bijiran. Asid folik diperlukan terutamanya semasa anda merancang untuk hamil, dan 3 bulan pertama selepas hamil. Ia boleh mengurangkan risiko untuk mendapat anak yang cacat terutamanya kecacatan saraf (NTD), otak (anencephaly) dan saraf tunjang (spina bifida). Kajian telah menunjukkan bahwa, kecacatan ini boleh dikurangkan sehingga 70% jika para ibu mengambil asid folik yang secukupnya.
Anenchephaly adalah nama diberikan kapada bayi yang tidak mempunyai tisu otak dan akan mati sejurus sahaja ia dilahirkan. Spina bifida pula adalah kecacatan saraf tunjang yang boleh menyebabkan lumpuh, masalah usus, pundi kencing dan kecacatan otak.
Risiko-risiko yang boleh menjurus kepada neural tube defect (NTD): 
  •    Keluarga yang pernah mengalami NTD
  •    Pernah hamil anak yang mengalami NTD
  •    Mengambil ubat sawan
  •    Kencing manis
  •    Semua wanita yang merancang untuk hamil disarankan untuk mengambil asid folik sekurang-kurangnya 4 mg dan 8 mg semasa hamil untuk mengurangkan risiko tersebut
Vitamin B-complex merupakan vitamin yang diperlukan setiap hari bagi menyokong system saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai fungsi yang sangat hebat termasuk pengeluaran hormone, pembentukan sel2 darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf dan kulit yang sihat.
Setiap kumpulan  B-kompleks mempunyai struktur yang unik dan menjalankan fungsi-fungsi yang unik dalam tubuh manusia. 
1) Vitamin B1, B2, B3, dan Biotin mengambil bahagian dalam pelbagai aspek pengeluaran tenaga iaitu member tenaga dan mengurangkan keletihan.
2) Vitamin B6 adalah penting untuk metabolisme asid amino.
3) Vitamin B12 dan asid folik memudahkan langkah-langkah yang diperlukan untuk pembahagian sel. 
 Untuk pengetahuan, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex& asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yg tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B yg utama yang penting iaitu :
1)      B1 - Thiamin
2)      B2 - Riboflavin
3)      B3 - Niacin
4)      B5 - Panthothenic Acid
5)      B6 - Pyridoxine
6)      B7 - Biotin
7)      B9 - Folic Acid
8)      B12 - Cyanocobalamin

Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin & B3 - Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxin, B7 - Biotin & B12 - Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes. Hanya 1 tablet sehari diperlukan. 

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit 'meroyan'.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

Thursday 12 December 2013

PASTI LUMAYAN DENGAN SHAKLEE

Hari ini dalam sejarah... Xpenah dlm seumur hidup rsa sronok bile tgk BONUS RMXXXX... Shaklee plak tu yang kasik.... Ni bukan gaji tau... gaji tggu 25 haribulan bru dpt ye... Ngeee... sayup lg nk smpi kt tarikh gaji. Ni bukan tipu-tipu atau sekadar indah rupa punya kenyataan jek. Tapi memang hakikatnya begitulah bonus yang saya dapat untuk jualan Nov lepas.
 
Saya xpernah rasa menyesal, kecewa atau apa saja yg -ve la tentang join Shaklee ni, sume nya +ve jek.. Maklum la, berkawan pn dengan orang-orang yang beraura +ve. Kata-kata itu satu doa, kalau hari-hari kita sematkan dalam-dalam rasa nak  maju, nak berjaya, nak bonus berangka-angka.. Tiada yang mustahil kan... ;)
 
Alhamdullillah saya dipertemukan dgn Mentor saya, Mami Maria Awi.. Beliau byk memperlihatkan, membuka mata dan minda saya. Kata-kata "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" memang menjadi sumber inspirasi saya. Kelak, saya akan buktikan yang saya juga adalah pesaing terhebat beliau. Hahahah... Anak lawan mak.....
 
Peluang dah terbentang depan mata, tinggal lagi nak dengan xnak sahaja. Saya dah pun pilih keselesaan, nak tunggu anda-anda kat luar sana jek sama-sama join Empayar gah kami ni. Ermmm... xteringin ke SHAKLEE nak bagi bonus ribu riban oiiii........
 
Saya Nak.... Dan dah DAPAT pn.... Anda...?????
 
Nak sign up.....
 
 
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
 

COQHEALTH PLUS

Penyakit jantung merupakan pembunuh utama di Malaysia. Risiko lebih tinggi sekiranya anda seorang LELAKI, berusia lebih 40 tahun, PEROKOK, serta menghidap penyakit darah tinggi,diabetes, kolesterol tinggi, dan mempunyai ahli keluarga yang berpenyakit jantung.

Memperkenalkan produk terhebat Shaklee, COQHealth Plus:



Kebaikan dan fungsi coenzyme Q10;
  • membantu pesakit lemah jantung (congestive cardiac failure)
  • membantu mengurangkan simptom migrain
  • membantu mengurangkan tekanan darah tinggi
  • membantu meningkatkan tenaga – coQ10 menghasilkan ATP yang memberikan tenaga kepada mitokondria sel – seterusnya menggalakkan pergerakan sperma yang lebih laju ke arah ovum
  • mengandungi antioksidan yang membantu mengekalkan kolagen dan elastin dalam badan, seterusnya meningkatkan keremajaan kulit
  • bagi penghidap kanser (lymphoma, kanser paru-paru, kolon dan prostat), ia membantu mengurangkan kesan ubat anti-kanser terhadap jantung.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

TIPS-TIPS PENGHIDAP GOUT


GOUT

Amalan diet sihat untuk pesakit gout ialah;

Buah-buahan segar. Amat disarankan pengambilan buah ceri dan strawberi yang mengandungi antioksidan yang tinggi untuk melawan radikal bebas.
Sayur-sayuran segar.
Pengambilan air yang mencukupi bagi mengelakkan tubuh kekurangan air. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu merendahkan paras asid urik melalui pembuangan air kecil.
Mengamalkan pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C dan B complex.

Elakkan dari mengambil makanan yang mengandungi tinggi purina iaitu daging, kekacang, cendawan, bayam, asparagus dan kubis bunga.

Jika anda merupakan pesakit gout, ada beberapa tip yang mungkin boleh membantu;
Dapatkan ubat-ubatan mengikut saranan doktor.
Elak dari menggunakan aspirin dan diuretik kerana ubat-ubat ini membantu menyingkirkan air dari badan sedangkan pesakit gout amat memerlukan air dalam tubuh untuk memastikan kadar asid urik sentiasa rendah.
Kekalkan berat badan yang sihat.
Tidur yang mencukupi bagi mengelakkan tekanan.
Elak dihidrasi. Pastikan air dalam tubuh anda sentiasa mencukupi.

Selain ubat-ubatan dari klinik anda juga disarankan untuk mengambil suplemen semulajadi bagi membantu tubuh mendapatkan nutrisi-nutrisi yang lengkap dan mencukupi. Ia juga bertindak lebih lembut terhadap tubuh dan mampu memberi kesan positif untuk jangka masa panjang malah membantu tubuh untuk lebih sihat. Vitamin Shaklee yang disarankan untuk pesakit gout ialah;

Vivix ~ Memberi impak 4 mekanisme utama selular. Tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas.

Alfalfa ~ Menurunkan tahap asid urik.

BComplex ~ Asid folik penting untuk memetabolisme nukleoprotin.

Vita-C, Vita-E ~ Untuk menurunkan asid serum, dan memberi tinggi antioksidan untuk melawan radikal bebas dari merosakkan sel-sel tubuh.

Omega Guard ~ Anti radang dan mengelakkan bengkak yang teruk.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

PANDUAN TIDUR IBU-IBU HAMIL



12 Panduan Atasi Masalah Tidur

1. Posisi tidur mengiring ke kiri

Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga/Menyokong
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.
 
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

MAKANAN TERBAIK UNTUK IBU HAMIL


Apakah sumber makanan yang terbaik?
Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat:

Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
bayam, 1 cawan;
kacang bendi, setengah cawan;
asparagus, setengah cawan;
lentil, setengah cawan;
hati, 1 keping;
11 batang taugeh brussels;
kacang mata hitam, 4 sudu makan;
emping bran, 7 sudu makan;
germa gandum, 25g / 1 aun;
betik sederhana besar.

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
brokoli kukus, 2 pucuk;
buah oren saiz besar;
nasi putih, setengah cawan;
oat, setengah cawan;
kacang merah, setengah cawan;
jagung saiz besar, 1;
biji bunga matahari, 1 aun.

Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.

Jom dapatkan set kehamilan Shaklee & konsultansi percuma.

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah


Wednesday 11 December 2013

Cik Baby Eulfah dan Omega


Arini masak kan bubur beras perang utk Cik Baby Eulfah, xletak ape pn kat bubur tu cuma perisakan dengan sedikit garam. Bubur beras perang pon dah rasa lemak-lemak. Saya pecahkan sebiji omega kat dalam bubur tu...... Sambil-sambil Cik Baby Eulfah layan minions movie yang ulang tayang 14 ratus kali tu sambil menikmati bubur nasi yang digaul omega..


Hasilnya setelah 20 minit......
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+


Licin dan berkilat........ Ngeheheh....


Sesuai dengan dier yang gebusss....


Oke kenyang dah..... Nak babammm....... Zzzzzzzz......


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

PROSES PERKEMBANGAN BAYI



Proses perkembangan bayi ketika akan berjalan, dimulai pada sekitar usia tujuh sampai sepuluh bulan, bayi akan belajar berpindah tempat, sebelum ia belajar berdiri dan berjalan. Masing-masing bayi memiliki cara tersendiri untuk bergerak.  Ada yang bergerak mundur dulu, lalu menangis kerana menjadi semakin jauh dari mainan yang dituju.  Ada yang berguling.  Ketika kekuatan tangan, kaki, punggung, dan kepala semakin meningkat ia belajar untuk menampung berat tubuhnya dengan kaki dan tangan,  lalu bergerak dengan menggunakan kaki dan tangan bergantian,  sambil mengangkat kepalanya untuk melihat sekeliling.  Inilah yang kita sebut merangkak.





Bergerak dan merangkak adalah proses belajar yang menyenangkan kerana bayi mencapai satu titik perkembangan baru yang mengubah cara pandangnya terhadap dunia sekitar.  Anda dapat turut membantu perkembangannya dengan cara mengajak bermain sambil memperhatikan hal-hal berikut.
Pada saat bermain, seringlah mengajak bayi meniarap.  Tidak perlu terlalu lama, cukup beberapa minit saja sebagai permulaan,  kemudian ditingkatkan secara bertahap.  Selalu dampingi bayi anda ketika ia sedang dalam posisi meniarap  terutama pada awal-awal kehidupan.  Bermain dalam posisi meniarap membantu perkembangan kekuatan otot bahu, punggung, batang tubuh, dan tangan, sebagai dasar untuk belajar merangkak di kemudian hari.
Untuk menumbuhkan minat bayi belajar meraih dan bergerak,  letakkan mainan atau benda yang menarik di depan bayi tepat sejauh jangkauannya.  Lihat apakah ia tertarik dan berusaha meraih mainan tersebut.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...