Kandungan air dalam tubuh yang mencapai 90% berfungsi dalam
proses pencernaan, penyerapan, makanan, kitaran, menghasilkan air liur, pemicu
nutrisi tubuh, serta menjaga suhu badan.
Apabila otot berasa sakit dan penat, ia menandakan cecair
dalam tubuh kita tidak seimbang. Oleh sebab itu, disarankan untuk minum lebih
banyak air sebelum dan ketika bersukan bagi menggantikan cecair yang hilang
melalui perpeluhan.
Air juga berfungsi dan mampu mengawal kalori, ia dapat
mengurangkan pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan. Sayur-sayuran, sup,
gandum dan kekacang antara makanan yang mengandungi banyak air serta mengalami
penyerapan yang perlahan. Ini menyebabkan kita mudah berasa kenyang dan ia
mengurangkan pertambahan kalori.
"Sampah" utama dalam tubuh adalah 'nitrogen urea'
yang larut dalam air, kemudian disaring oleh ginjal dan dibuang melalui air
kencing. Ginjal akan bekerja dengan air sekiranya air dalam tubuh seimbang.
Tubuh yang cukup air menghasilkan air kencing yang berwarna terang, tidak
berbau dan mengalir lancar.
Air juga berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air
di dalam tubuh kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran.
Keadaan ini akan menyebabkan berlakunya sembelit atau sukar buang air besar
kerana terlalu kering.
Itulah khasiat dan kebaikan air putih ini atau lebih di kenali air masak atau air kosong. Tapi jangan lupa pula, jika minum air terlalu banyak juga bileh menyebabkan keracunan air dengan cepat. Keracunan air terjadi apabila air mengurangkan tahap 'sodium' di dalam saluran darah dan menyebabkan ketidakseimbangan air dalam otak.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:
Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah
No comments:
Post a Comment