Pages

Wednesday 23 April 2014

EXPO...!! EXPO...!! EXPO...!!

Jom rakan-rakan ku sekalian, kita terjah EXPO yang sedang dan bakal berlangsung...!!
Shopping apa yang patut untuk bakal-bakal cik baby kita!
Nak cari stroller leh g kt EXPO 2014, tapi lau nak cari Breast Pump and Set Shaklee cari lah saya!
Konsultansi adalah percuma!!!

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah

Tuesday 22 April 2014

KUASA "POWER PUMPING"

Ramai ibu-ibu diluar sana mengeluh susu badan kurang selepas 3-4 hari melahirkan bayi... :(
Bayi melalak tak henti-henti, ibu semakin stress.. Susu pula berkurangan malah ada juga ibu yang langsung tak keluar susu nya. Saya boleh bayangkan situasi ini! 
Awal-awal melahirkan bayi dulu, saya pun pernah berada disituasi ini. Tapi berkat doa, melalui pembacaan dan bertanya kepada rakan-rakan 'sepasukan' saya berjaya atasi masalah kurang susu. 

Saya praktik kan "power pumping" seperti yang disarankan melalui pembacaan, kawan-kawan. Saya gemar buat power pumping ni waktu tengah malam dan subuh.. Waktu ni memang susu mencurah-curah!

Hasilnya..............
Selain, dari power pumping, antara lain yang saya amalkan:
#Minum air putih lebih dari 3liter sehari
#Tambahkan halba semasa memasak nasi
#Rebus buah longan
#Minum jus oren+lobak putih 
#Makan kurma
#Ambil supplemen yang bersesuaian

Supplemen yang masih saya amalkan, anak pun nak masuk 4 dah tau!
Sume kt atas ni memang saya tak pernah tinggalkan. Alhamdulillah, berkat amalan-amalan di atas. Stok susu meriah, berganda-ganda... Seronok tau! 
Jom rasai pengalaman hebat ibu-ibu yang ceria menyusukan bayi....!!!

Nanti saya akan kongsi kan lagi tau.................................. 

*Berminat dengan Set Menyusu di atas, jom laju2 wasap saya ;)

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah

7 KHASIAT MANGGA YANG INGIN DIKONGSIKAN




1. Khasiat mangga sebagai Antioksidan Tubuh
Mangga pun merupakan sumber beta-karoten , kalium, dan vitamin C. Beta-karoten adalah zat yang di dalam tubuh akan diubah menjadi vitamin A (zat gizi yang penting untuk fungsi retina). Beta-karoten (dan vitamin C) juga tergolong antioksidan, senyawa yang dapat memberikan perlindungan terhadap kanker karena dapat menetralkan radikal bebas. Radikal bebas adalah molekul-molekul tak stabil yang dihasilkan oleh berbagai proses kimia normal tubuh, radiasi matahari atau kosmis, asap rokok, dan pengaruh-pengaruh lingkungan lainnya.

2. Untuk menjaga kesihatan Gigi dan Gusi
Di samping berfungsi sebagai antioksidan, vitamin C memiliki fungsi menjaga dan memacu kesehatan pembuluh-pembuluh kapiler, kesehatan gigi dan gusi. Ia membantu penyerapan zat besi dan dapat menghambat produksi natrosamin , satu zat pemicu kanker. Vitamin C mampu pula membuat jaringan penghubung tetap normal dan membantu penyembuhan luka.
 Kandungan vitamin C mangga cukup layak diperhitungkan. Setiap 100 gram bagian mangga masak yang dapat dimakan memasok vitamin C sebanyak 41 mg, mangga muda bahkan hingga 65 mg. Berarti, dengan mengkonsumsi mangga ranum 150 gram atau mangga golek 200 gram (1/2 buah ukuran kecil), kecukupan vitamin C yang dianjurkan untuk laki-laki dan perempuan dewasa per hari (masing-masing 60 mg) dapat terpenuhi. 

3. Mangga mengandung Kalium menurunkan Stroke
Kalium mempunyai fungsi meningkatkan denyutan jantung, mengaktifkan kontraksi otot, dan membantu tekanan darah. Konsumsi kalium yang memadai dapat mengurangi efek natrium dalam meningkatkan tekanan darah, dan secara bebas memberikan kontribusi terhadap penurunan risiko karena stroke.

Satu penelitian menunjukkan bahwa bila seseorang menambahkan sepotong buah tinggi kalium ke dalam pola makanan sehari-hari, risiko terkena stroke fatal dapat dikurangi sebesar 40 persen. Konsumsi ekstra kalium sebanyak 400 mg setiap hari dapat mengurangi kemungkinan mendapat penyakit jantung dan pembuluh darah.

Kalium terdapat melimpah pada mangga. Tiap 100 gram mangga terkandung kalium sebesar 189 mg. Dengan mengkonsumsi sebuah mangga harumanis ukuran sangat kecil (minimal 250 gram), atau sebuah mangga gedong ukuran sedang (200-250 g), kecukupan kalium sebanyak 400 mg per hari dapat terpenuhi.

4. Bermanfaat untuk penyakit Kanser
Para ahli meyakini mangga adalah sumber karotenoid yang disebut beta crytoxanthin, iaitu bahan penghapus kanser yang baik.

5. Baik untuk pencernakan, kesihatan mata dan mulut
Kandungan asam galat pada mangga sangat baik untuk saluran pencernaan. Sedangkan kandungan riboflavinnya sangat baik untuk kesehatan mata dan mulut

6. Menyembuhkan berbagai macam penyakit
Mangga pun berkhasiat membantu menyembuhkan berbagai penyakit, diantaranya radang kulit, influenza, asma, gangguan pengelihatan, gusi berdarah, radang tenggorokan, radang saluran napas, sesak napas dan borok. Selain itu juga bisa mengatasi bisul, kudis, eksim, perut mulas, diare, mabuk perjalanan, cacingan, kurang nafsu makan, keputihan, gangguan menstruasi, hernia dan rematik.

7. Manfaat buah mangga untuk terapi
Misalnya untuk Pembersih darah, Menurunkan panas badan, dan Menghilangkan bau badan. Mangga dianggap mampu membersihkan aliran darah dan mengurangi kelebihan panas badan. Selain itu mangga juga baik untuk menghilangkan bau badan.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah


PANDUAN & CADANGAN MEMILIH PAM SUSU


Panduan Pemilihan Pam Susu
Bagi ibu bekerjaya, pam susu (pam payu dara) merupakan sesuatu yang amat penting. Malangnya, ramai ibu tidak membeli pam yang betul. Ketahuilah, tidak semua pam itu sama.

Memilih pam susu yang salah boleh menjadi antara penyebab kegagalan penyusuan eksklusif. Oleh kerana itulah, kebanyakan pakar laktasi memberi penekanan kepada penggunaan pam elektrik berbanding pam manual. Untuk memilih pam yang sesuai, anda harus memilih pam yang menyerupai cara hisapan bayi. Faktor ini membezakan antara pam elektrik yang efektif dan sebaliknya. Antara ciri-ciri yang perlu diberi perhatian dalam pemilihan pam elektrik adalah seperti berikut.

Keselesaan
Biasanya, pam elektrik automatik dan mempunyai ciri auto-cycle lebih selesa untuk digunakan. Pam yang mempunyai ciri ini memerlukan anda mengawal sedutan dengan menekan butang khas. Jika perlu, carilah pam yang memberikan anda pilihan untuk menukar saiz corong sekiranya ia terlalu kecil atau besar. Untuk makluman, ia biasanya boleh dibeli secara berasingan sebagai aksesori tambahan.

Keberkesanan
Pilihlah pam elektrik yang menyerupai cara hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 25 hisapan dalam seminit. Pam yang berkesan dapat mengeluarkan susu dengan baik, seterusnya merangsang penghasilan susu. Pam yang mempunyai auto-cycle terbukti lebih berkesan berbanding pam yang memerlukan penggunanya menekan sebarang punat atau butang untuk melepaskan hisapan. Kekuatan hisapan pam juga penting. Jika terlalu perlahan ia tidak berkesan. Jika terlalu kuat pula, boleh menyakitkan dan mencederakan payu dara anda. Jadi, carilah pam yang kekuatan hisapannya menyerupai hisapan bayi iaitu sekurang-kurangnya 200 - 240 mmHg. Fakta ini biasanya boleh diperolehi daripada pembekal yang menjual pam. Jadi anda disarankan membuat lebih banyak kajian supaya dapat memahami dan membuat perbandingan ciri-ciri pam yang sesuai.

Cara Mengepam
Antara pilihan pam elektrik yang sedia ada di pasaran berkemampuan untuk mengepam dengan cara yang berikut:

1. Sebelah Sahaja
Pam ini hanya mampu mengepam sebelah payu dara sahaja pada satu-satu masa. Tempoh mengepam juga agak lama dan rangsangannya tidak sebaik pam yang boleh mengepam kedua-dua belah serentak. Walau bagaimanapun, pam ini amat sesuai jika anda menggunakannya secara sambilan (1 atau 2 kali sehari).
2. Kedua-Dua Belah
Menurut kajian, pam yang berupaya mengepam kedua-dua belah payudara pada waktu yang sama terbukti lebih berkesan bagi tujuan merangsangkan penghasilan hormon prolaktin. Ia dapat memastikan bekalan susu yang berkekalan untuk jangka masa panjang. Ia amat disyorkan kepada ibu-ibu berkerjaya yang sibuk dan kesuntukan masa untuk mengepam kerana ia dapat menjimatkan tempoh mengepam.

Ketahanan Pam
Pastikan pam yang dipilih boleh bertahan lama kerana ia perlu dianggap sebagai suatu pelaburan jangka panjang. Pilihlah pam yang bersesuaian dengan kekerapan penggunaan pam itu kelak. Ciri ini sangat penting terutamanya untuk pam elektrik kerana anda perlu mengambil kira ketahanan motornya. Jangan pilih pam mengikut pendapat teman kerana keperluan anda mungkin tidak sama dengannya. Pastikan anda mudah mendapat alat gantian jika perlu menggantikan mana-mana bahagian pam yang rosak. Ini penting jika anda tidak mahu mengeluarkan belanja berlebihan kerana terpaksa membeli pam yang baru semata-mata ada bahagian yang rosak.

Waktu Sesuai Mengepam
Menyentuh tentang waktu, ia bergantung kepada waktu lapang anda. Seelok-eloknya, lakukannya mengikut rutin yang tetap. Jadi, anda tidak perlu menunggu sehingga payu dara membengkak kerana susu akan dihasilkan sebaik sahaja proses mengepam dimulakan. Jika terlepas sekali dua rutin yang biasa dilakukan, tidak mengapa. Asalkan tidak ditinggalkan terus rutin tersebut. Tetapi perlu diingat, jangan dibiarkan susu tidak diperah melebihi 4 jam. Jika dibiarkan terlalu lama payu dara akan membengkak dan kadangkala boleh mengakibatkan saluran susu tersumbat.


*Berminat untuk mendapatkan Medela Freestyle pada harga terbaik..??


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah


10 TIPS SIMPAN SUSU IBU

Hari ini terdapat pelbagai bekas penyimpanan perahan susu ibu di pasaran. Dengan cara ini, tidak ada masalah untuk anda terus memberi si manja menikmati susu ibu meskipun anda sibuk bekerja. Seperti mana yang kita semua sedia maklum, pemakanan yang terbaik untuk si manja ialah menerusi pemberian susu ibu secara langsung. Namun ini tidak bererti anda harus mengabaikan pemilihan bekas penyimpanan perahan susu ibu ini kerana ia turut mempengaruhi kesegaran serta tempoh jangka hayat simpanan susu perahan itu nanti.
  1. Biasanya botol kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu beku kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik jika disimpan di dalam botol kaca.
  2. Pilihan kedua terbaik pula adalah botol plastik yang lebih keras dan jernih.
  3. Para ibu gemar memiliki botol plastik kerana ia lebih mudah. Tambahan pula kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak tidak menerima penggunaan botol kaca kerana ia berisiko.
  4. Pilihlah botol yang memiliki penutup kedap udara yang ketat dan mudah digunakan.
  5. Agar mudah untuk membawa botol-botol simpanan susu perahan itu ke mana-mana, simpanlah botol-botol tersebut di dalam sebuah beg khusus.
  6. Dalam memastikan kesegaran agar susu tidak rosak, beg tersebut perlu diisi dengan pek ais khusus untuk mengekalkan suhu sejuk susu simpanan tersebut.
  7. Dalam kes tertentu beg penyimpanan susu ini juga boleh menimbulkan masalah seperti susu tertumpah. Jadi para ibu perlu memilih beg yang betul-betul efektif.
  8. Hari ini, kebanyakan syarikat pengeluar pam susu ibu turut menyediakan beg penyimpanan susu yang sangat mudah untuk digunakan dan plastik simpanan susu yang lebih tebal. Namun, harganya mungkin sedikit mahal.
  9. Untuk langkah lebih selamat, sarungkan plastik nipis pada setiap botol simpanan itu sebelum diletakkan di dalam beg bagi menangani masalah kebocoran atau tertumpah.
  10. Penggunaan botol simpanan susu ibu yang berwarna adalah tidak digalakkan kerana bimbang sebahagian daripada perwarnanya luntur dan memasuki susu.
Bagaimana mengetahui susu yang mana harus digunakan dahulu?
Anda perlu sentiasa melabelkan susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian anda perlu menggunakan susu yang mula-mula diperah terlebih dahulu. Jika anda membekalkan susu perahan ibu kepada pusat asuhan anak anda, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar botol tidak bercampur dengan botol kanak-kanak lain.

Bolehkah susu lebihan disimpan semula?
Susu perahan yang telah disediakan untuk diberikan terus kepada bayi perlu dihabiskan dalam tempoh satu hingga dua jam. Jika bayi anda tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, susu lebihan itu perlu dibuang.


*Berminat dengan  Medela Breastmilk Storage Solution Set di atas?

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah

Monday 21 April 2014

MASALAH PENGLIHATAN BAYI & KANAK-KANAK


Perkembangan Penglihatan Kanak-kanak

Penglihatan adalah salah satu sensori yang sangat penting dalam membantu pekembangan dan tumbesaran kanak-kanak. Setiap ibubapa patut berwaspada dan tahu tentang perkembangan penglihatan anak mereka, sama ada normal ataupun tidak. Ibubapa perlu tahu kanak-kanak tidak dapat membezakan antara penglihatan normal ataupun tidak kerana apa yang di lihatnya secara lansung akan diterimanya sebagai normal. Oleh itu jangan tunggu untuk anak anda memberitahu anda atau mengadu yang pandangannya kelihatan kabur ataupun penglihatan tidak cukup tajam, ianya tidak akan berlaku. Sekiranya anda adalah ibubapa yang perihatin anda mungkin dapat mengesan masalah penglihatan anak-anak anda melalui aktiviti-aktiviti yang berlangsung di rumah.

 Tanda-tanda masalah penglihatan pada kanak-kanak
  1.     Mengecilkan kelopak mata  ketika menonton TV atau cuba membaca papantanda
  2.     Juling atau cuba menutup satu mata dengan telapak tangan
  3.     Meneleng atau menjeling ke satu arah ketika cuba fokus
  4.     Sering menggosok mata
  5.     Suka mengelip mata secara terlampau (twitching)
  6.     Mata merah atau berair dalam keadaan normal
  7.     Lahir pramatang
  8.     Perkembangan terbantut seperti lambat berjalan
  9.     Mempunyai penyakit sistemik seperti diabetes atau HIV
Sekiranya  anda mengesan masalah di atas, berulang-ulang kali, anak anda mungkin mempunyai masalah penglihatan. Segeralah dapatkan pemeriksaan dan nasihat dari Optometris. Optometris akan melakukan pemeriksaan mata secara komprehensif dan dapat mengesahkan  keadaan tersebut dengan segera .

Bayi
Bagi bayi, kebiasaanya pemeriksaan mata akan dilakukan oleh pakar kanak-kanak ketika bayi baru lahir dan juga ketika lawatan susulan ke klinik sepanjang tempoh setahun. Setiap bayi sepatutnya menjalani pemeriksaan mata. Bayi selalunya dapat mengesan pergerakkan objek sebelum dapat melihat objek dengan baik. Kebiasaannya bayi dapat melihat wajah ibunya dengan jelas hanya selepas berumur seminggu. Ketika ini persepi warna dan kedalaman belum lagi sempurna. Koordinasi mata dan otot mata juga masih tidak matang dan ini adakalanya menyebabkan bayi kelihatan juling. Kejulingan ini boleh terhapus dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar. Tetapi jika darjah kejulingan kelihatan semakin besar dan sekiranya makin kerap berlaku and perlu bertindak segera.
Sekiranya anda ingin menguji sama ada mata bayi anda sebenarnya berfungsi ataupun tidak, anda boleh mencuba mengikuti tips berikut.

Tampal pelekat mata pada salah satu mata bayi. Sekiranya bayi menangis atau menjadi resah ini bermakna mata yang terbuka mungkin tidak berfungsi dengan baik. Ulang dengan mata yang satu lagi. Anda juga boleh menekup mata bayi anda dengan menggunakan tapak tangan.

Kanak-kanak
Pada usia awal persekolahan, perkembangan penglihatan sudah hampir sempurna. Ketika ini jika ada sebarang tanda yang menunjukkan penglihatan terganggu, ianya amat mudah dikesan. Anda perlu selalu memerhatikan tingkahlaku anak anda seperti menonton TV terlalu dekat atau memegang buku terlalu dekat dengan mata, mata menjadi juling ketika penat atau cuba melihat sesuatu objek, kepala suka meneleng ke satu arah tertentu, mata yang selalu digosok-gosok ketika menonton TV atau cuba membaca sesuatu atau pun sensitif pada cahaya biasa. Sekiranya anak anda tidak menunjukkan sebarang tanda sebegini, anda masih perlu membawanya untuk pemeriksaan mata pada ketika berumur 7 tahun sekiranya anda atau pasangan anda mempunyai rabun mata. Rabun adalah satu keadaaan yang boleh diheriditasi dari genetik. Sekiranya saudara-mara terdekat juga mempunyai sejarah rabun atau penyakit mata adalah lebih baik untuk bawa anak-anak anda untuk pemeriksaan mata. Ini adalah kerana, kadang kala, penyakit mata atau ralat refraksi hanya dapat di kesan oleh Optometris setelah menjalankan pemeriksaan dengan menggunakan instrumen tertentu.


Pentingnya penglihatan kepada kita semua. Seawal usia bayi dan kanak-kanak boleh menghadapi masalah penglihatan. Gabungan Omega dan Mealshakes dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan juga bayi disamping menangani masalah tersebut. Gabungan omega dan multivitamin amat disyorkan untuk tumbesaran anak-anak kita. Bermula lah sekarang.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah



Sunday 20 April 2014

APA ITU EKZEMA??

Apa itu ekzema?
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Kesian tau baby kena ekzema... uwaaaaaaa....
Tengok kulit mulus dia melepuh2 kemerahan, memang nak menangis. Tak sanggup nak bawa keluar pegi kenduri ke berjalan2 ke sebab takut dan tak suka orang asyik tanya kenapa? kenapa? kenapa? Pastu, usha pelik je kat baby kita kan...
Trauma tau saya...
Cik Baby Eulfah baru melalui ekzema. Habis satu badan.. Sob..sob..sob..!! Paling pilu bila tengok merah2 tu naik kat muka. Kesian kan dia yang gatal, nak menggaru tapi saya duk halang. Yela, makin digaru makin teruk luka ekzema tu..
Puncanya:
Saya dapat rasakan yang punca sebenar ialah selepas Cik Baby Eulfah bertukar ke susu formula. Memang sejak lahir saya cuma berikan susu ibu. Sekarang ni saya sedang hamil, pengeluaran susu dah berkurang, breast saya pun agak sakit ketika Cik Baby Eulfah menyusu. Beliau tak selesa, saya pun sama tak selesa jugak. Maka Encik Burn nasihatkan supaya kami berikan susu formula sementara menunggu saya bersalin kelak. Nanti boleh sambung semula menyusu badan bersama dengan coming baby.
Apa yang saya buat..???
*Setiap hari dalam susu formula saya campurkan hujung sudu Mealshakes
*Setiap hari saya sapukan Herbal Blend 
*Setiap hari saya hancurkan Vita-C, serbuk Vita-C saya letak sikit air buatkan macam bedak sejuk tepek2 kan pada luka ekzema 

Alhamdulillah, semuanya beransur pulih dan ekzema pun semakin kering..
Ekzema pada muka Cik Baby Eulfah pun nampak dah membaik, kulit dah makin licin..
Kesan dan parut masih lagi kelihatan, saya akan cuba usahakan untuk sapu dengan Vita-E pulak nanti..
Shaklee di hatiku...!!


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...