Pages

Monday, 16 December 2013

ANDA STRESS...????


1. Memahami Stress (Tekanan) Stress adalah keadaan normal badan dalam menghadapi bahaya ataupun terasa dikecam. Apabila anda berada dalam keadaan bahaya, badan biasanya akan memberi tidakbalas tersendiri. Dalam keadaan terkawal, adrenalin ditambah menyebabkan badan dan fungsi otak menjadi bertenaga. Mampu mengerah dengan menutup sebahagian fungsi dan memberi tumpuan kepada kepekaan (fokus), tahap berfikir dan tindakbalas sekali ganda berbanding normal bagi membolehkan seseorang terus hidup (contoh: ketika menghindari kemalangan).

Tindakbalas stress juga membolehkan kita bangun menghadapi cabaran. Contohnya tumpuan terhadap kecemerlangan dalam memberi penerangan (presentation), pelajar menjadi fokus dalam mengulangkaji ketika hampir hari peperiksaan daripada biasanya dihabiskan untuk menonton tv dan lain-lain.

Namun, melebihi dari tahap tertentu, stress boleh mendatangkan mudarat. Stress tidak terkawal sebegini (walaupun seseorang itu nampak tenang) namun berupaya memulakan kerosakan terhadap kesihatan, mood, produktiviti dan hubungan kita dengan seseorang, juga kualiti hidup.

2. Badan Tidak Mengenal Punca Stress Keburukan stress adalah keseluruhan sistem tindakbalas badan tidak mampu mengenali samada stress yang dihadapi adalah dalam bentuk a. fizikal mahupun b. psikologi. Tekanan berjam-jam dalam kesesakan jalanraya, pekerjaan dan sebagainya mengarahkan badan memberi tindakbalas yang sama seperti anda dalam situasi hidup/mati. Jika anda sentiasa serius dan risau, tidak mustahil badan anda sentiasa 'on' terhadap stress. Lebih kerap badan anda diaktifkan bagi memberi tindakbalas terhadap stress, lagi sukar keadaan badan untuk 'off' dan ini memudaratkan.


3. Perubahan Keadaan Badan Semasa Stress
- Degupan jantung dan tekanan darah lebih tinggi meningkatkan pengaliran darah ke otak; meningkatkan tahap rasional berfikir,
- Gula dalam darah meningkat (untuk penguraian glukosa, lemak dan protein sedia-ada) memberi lebih tenaga kepada badan
- Darah dipesongkan dari mengalir ke perut ke arah otot di tangan dan kaki membolehkan anda berlari lebih laju dalam menyelamatkan diri.

4. Penyakit Akibat Stress Pendedahan berpanjangan terhadap stress boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan berbangkit. Stress yang kronik mengacau hampir setiap sistem dalam badan. Stress boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, kelemahan sistem imunisasi badan, mandul dan penuaan (aging). Stress yang tidak kenal penyudahnya boleh menyebabkan kegagalan sistem otak, menyebabkan kita berterusan beremosi, menjadi gila, kerosakan minor/major terhadap fizial (dalaman/luaran) akibat sistem badan tidak diregulasi secara normal.

5. Gejala Penyakit Akibat StressSakit kepala (migrain) - akibat peningkatan mendadak pengaliran darah
Kejang otot - akibat saraf simpathetic yang tinggi
Sakit sekitar mulut - tekanan berlebihan keatas gusi
Jarang bermimpi ketika tidur - tidur tidak nyenyak
Gusi berdarah - hormon kortisol meningkat, mengurangkan keupayaan imunisasi badan seterusnya menyenangkan jangkitan bakteria di mulut
Jerawat - hormon tidak seimbang
Mengidam makanan manis - bukan sebab estrogen, tetapi kerana logik stress semata-mata
Kegatalan kulit - pengaktifan saraf yang memberi sensasi gatal pada kulit
Alergic berlebihan - imunoglobulin E (IgE) dirembeskan dalam darah memberi sensasi alergic
Sakit perut tiba-tiba - teori saraf di otak yang stress menyebarkan tidakbalas ke saraf di sistem perut yang sepatutnya tidak berlaku dalam keadaan normal.

6. Berapa Banyak Stess Yang 'Terlebih'? Bergantung kepada individu. Jadi adalah penting untuk kita memahami badan dan mengenalpasti had diri sendiri terhadap stress. Seseorang mampu menerima banyak kali tumbukan berbanding orang lain, dan seseorang mampu menghadapi tekanan hidup lebih tinggi berbanding orang lain.


KLIK-----> http://babyeulfah.blogspot.com/search/label/B-COMPLEX

Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...