Apakah corak tidur bayi pada usia ini?
Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam.Ini bermakna: Anda tidak akan dapat tidur terus tanpa gangguan. Pada waktu malam pula, anda akan terpaksa bangun untuk menyusukan anak dan menukar lampin; pada waktu siang pula, anda juga akan bermain dengannya.
Ramai ibu bapa risau mengenai risiko kematian kot pada masa beberapa bulan pertama usia bayi. Apa yang disarankan ialah supaya semasa ia berusia enam bulan ke bawah, bayi tidur pada waktu malam di dalam kot yang terletak di sebelah katil ibu bapa. Saranan lain termasuklah:
- Letakkan bayi anda dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya.
- Letakkan dia dengan kakinya rapat dengan hujung kot supaya dia tidak dapat menggeliang-geliut mengelungsur masuk ke dalam selimut.
- Pastikan suhu bilik bayi anda adalah di sekitar 24 atau 25 darjah C.
- Bagi kain-kain alas katil, gunakan cadar dan selimut yang berongga dan bukannya duvet.
- Periksa yang bayi anda tidak terlalu panas atau terlalu sejuk dengan merasa bahagian perutnya: jika dia terlalu panas, alihkan selimut; jika dia sejuk, selimutkannya. Jangan memeriksa di bahagian tangan atau kakinya sebab adalah normal bagi bahagian-bahagian itu berasa sejuk.
Credit to www.babycenter.com
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:
Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah
No comments:
Post a Comment