Pages

Thursday, 19 December 2013

KASUT & BAYI

Berikut adalah beberapa kriteria yangg boleh dijadikan panduan sewaktu memilih kasut untuk si kecil anda :


1.  Masa yang sesuai untuk membeli kasut – Untuk pembelian kali pertama, biasanya waktu yang sesuai ialah apabila anak anda mula merangkak kerana selepas merangkak anak anda akan mula berjalan. Diwaktu ini juga anda boleh mula mengajar anak anda bertatih setiap kali kasut dipakaikan dikakinya.

 
2. Elakkan dari membeli di waktu sesak dan ramai orang - Ini biasanya terjadi bila dekat nak raya atau sewaktu jualan murah. Selain dari faktor lapar dan mengantuk, anak anda juga mudah meragam jika kedai yang anda masuki penuh dengan pengunjung hingga perlu berasak-asak dan bersesak-sesak. Jika anak dah meragam, memang agak sukar bagi anda untuk memilih kasut yang benar-benar sesuai dengan kaki anak anda.
 
3. Ukur kasut di kaki anak – Sebelum membeli kasut, cuba kasut di kaki anak anda terlebih dahulu. Sebaiknya kasut dicuba sewaktu anak anda dalam keadaan berdiri dan memakai sarung kaki (atau stokin). Biasanya kaki kiri dan kanan tak semestinya sama besar. Jika ini berlaku, pilih kasut ikut ukuran kaki yang lebih besar.


4. Pilih kasut yang lembut di bahagian dalam, bertapak lembut dan mudah dilentur - Kasut yang lembut dibahagian dalam biasanya lebih selesa di pakai, apatah lagi kaki anak anda masih lembut.


5. Elakkan kasut yang runcing di bahagian depan dan bertumit tinggi - Kasut dengan reka bentuk sebegini bukan saja tidak sesuai dan tidak selesa dipakai oleh kanak-kanak, ia juga akan mengganggu pertumbuhan jari-jari kaki. Selain dari itu, kasut yang runcing di bahagian depan boleh menyebabkan kaki anak  anda melecet dan luka.


Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah

2 comments:

  1. alaaa...comelnya kasut baby....teringat masa anak anak kecil dulu hehee

    ReplyDelete
  2. TQ sis ozie... nk follow sis la, xsangka jmpe resepi2 hot.. ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...