Gigi tumbuh apabila bayi
menjangkau lima ke enam bulan. Ada bayi yang dilahirkan dengan gigi dan ada
yang tumbuh gigi setelah umur menjangkau setahun. Gigi pertama Kebanyakan bayi
akan tumbuh dua gigi kacip di bahagian bawah dahulu. Dua gigi kacip di bahagian
atas akan tumbuh selepas itu, diikuti oleh dua gigi di bahagian atas kiri dan
kanan, kemudian di bahagian bawah. Gigi yang tumbuh ini dipanggil gigi susu.
Set gigi susu adalah sebanyak 20 batang. Set gigi ini akan digantikan dengan
gigi kekal sebanyak 32 batang.Tanda-tanda tumbuh gigi Proses tumbuh gigi akan
memberi kesan kepada keselesaan bayi secara berbeza-beza; ada bayi yang tidak
mempunyai masalah langsung atau tidak sedar gigi mereka tumbuh, manakala ada
yang berasa tidak selesa apabila gigi mereka mula tumbuh.Tanda-tanda tumbuh
gigi:
• Mengemam sesuatu di dalam mulut
• Pipi dan telinga merah
• Air liur
meleleh
• Merengek dan berasa tidak selesa
• Demam biasa.Bagaimana membantu bayi
anda semasa tumbuh gigi
Sekiranya bayi anda berasa tidak selesa semasa tumbuh
gigi, cuba:
• Berikan bayi gelung gigi getah untuk dikunyah. Gelung ini juga
boleh disejukkan terlebih dahulu.
• Biskut yang boleh dikemam.
• Berikan bayi
anda minum air
Sekiranya bayi anda mula menggigit ketika menyusu badan, katakan
"jangan" secara perlahan-lahan, hentikan penyusuan dan tunggu selama
beberapa minit sebelum menyusu semula. Ulang proses ini sekiranya
perlu.Bersihkan gigi bayi anda yang baru tumbuh. Gunakan berus
gigi yang kecil serta ubat gigi berperisa. Walaupun kadang-kadang bayi anda
menggigit berus gigi tersebut, mereka akan terbiasa dengan proses membersihkan
gigi. Sekiranya anda khuatir berus gigi akan membahayakan bayi anda, gunakan
tuala yang lembut dan letakkan sedikit ubat gigi berperisa untuk membersihkan
giginya. Anda boleh gunakan alternatif ini sehingga bayi anda berumur setahun.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:
Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah
No comments:
Post a Comment