Kanak-kanak sememangnya pantang melihat
snek dan gula-gula. Bentuk gula-gula yang menarik berwarna-warni amat menarik
perhatian kanak-kanak. Mereka menjadi teruja untuk merasai rasa gula-gula yang
manis dan warnanya yang terang itu.
Jarang sekali kanak-kanak menolak
apabila diberikan gula-gula kecuali dia memang tidak pernah merasai kemanisan
makanan tersebut seumur hidupnya.
Bagaimanapun gula-gula sering menjadi bahan pertengkaran ibu bapa dengan
anak-anak.
Sebenarnya peraturan makan snek dan
gula-gula bergantung kepada ibu bapa sendiri. Adalah tidak adil dan tidak
munasabah sekiranya anda menghalang si kecil daripada makan gula-gula sama
sekali kerana ia hanya akan membuatkan anak anda semakin teringin merasa
makanan tersebut.
Bagaimanapun dari segi nutrisi
pemakanan, gula-gula hanya membekalkan sedikit nutrien selain kalori dan
merosakkan gigi anak anda. Oleh itu seeloknya kawal kegemaran anak anda
terhadap benda manis dengan menetapkan makanan bergula pada kuantiti yang
minimum.
Mungkin cara berikut boleh membantu anda
menetapkan peraturan anak-anak makan snek dan gula-gula.
*Bekalkan buah-buahan atau dadih tanpa
gula sebagai puding untuk kebanyakan waktu makannya. Keju juga baik kerana
bahan ini meneutralkan asid yang memusnahkan enamel gigi yang terbentuk di
dalam mulut.
*Apabila anda membenarkan anak makan
gula-gula, beri pada akhir waktu makan dan bukan di antara waktu makan.
*Pilih gula-gula yang boleh dimakand
dengan cepat, bukan jenis yang dihisap atau dikunyah untuk masa yang lama.
*Beri jus buah-buahan yang tulen dan
dicairkan berbanding minuman cordial. Beri hanya pada waktu makan. Berikan susu
atau air masak sebagai minuman pada masa lain.
*Jangan jadikan gula-gula sebagai cara
utama anda memberi ganjaran atau menghukum anak. Bahan ini akan menjadi terlalu
bernilai baginya, oleh itu ia lebih sukar dikawal.
*Jadikan amalan menggosok gigi dengan
ubat gigi berflorida sebagai rutin harian sekurang-kurangnya selepas bersarapan
dan sebelum tidur.
(Sumber dipetik: Pa&Ma)
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:
Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah
No comments:
Post a Comment