WANITA berdepan pelbagai jenis penyakit antara ancamannya ialah ketumbuhan fibroid.
Fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku
pada dinding rahim bagaimanapun ia tidak berbahaya dan bukan sejenis kanser.
Hampir 20 hingga 40 peratus wanita dalam
lingkungan usia 20 hingga 45 tahun berisiko berdepan masalah fibroid tetapi
wanita yang akan hadapi masalah atau komplikasi fibroid adalah lebih kurang 10
ke 20 peratus sahaja yang diancam penyakit ini.
Fibroid tumbuh sama ada satu biji besar atau
beberapa biji kecil tetapi dalam bilangan yang banyak. Bagaimanapun ia boleh
membesar sehingga sebesar biji tembikai. Namun, belum dapat dipastikan sebab
dan punca fibroid tumbuh.
Punca yang menyumbang kepada penyakit ini
ialah ia lebih kerap dikesan kepada wanita yang tidak mempunyai anak atau
lambat mendapat anak.
Selain itu, wanita berkulit gelap juga lebih
terdedah kepada risiko fibroid, malah wanita yang didatangi haid di peringkat
awal umur dan yang gemar memakan daging merah, kurang makan sayur serta
buah-buahan.
Bukan itu sahaja wanita yang merokok dan mengambil
minuman juga berisiko mendapat fibroid.
Antara faktor lain yang menyumbang ialah keturunan dan juga obesiti.
Hormon tidak seimbang
Ketidakseimbangan hormon mempengaruhi
pertumbuhan fibroid, berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan fibroid itu
membesar.
Hormon estrogen dan progesteron ialah dua
hormon wanita yang menguasai kitaran haid.
Gejala fibroid antaranya ialah gangguan haid
iaitu mengalami darah haid yang banyak dengan ketul darah, senggugut yang
teruk, menekan pundi kencing sehingga menyebabkan kekerapan kencing bertambah.
Bukan itu sahaja, fibroid boleh mengakibatkan
kemandulan, sakit pinggang, kadang kala sembelit. Sekiranya terlalu besar ia
boleh menekan ureter iaitu saluran kencing dari buah pinggang ke pundi kencing
yang akan menyebabkan buah pinggang bengkak. Lebih bahaya lagi ia boleh
mengakibatkan rahim terjatuh atau turun ke bawah.
Kaedah paling efektif untuk mengesan
ketumbuhan fibroid ialah melalui ultrasound. Kerana biasanya fibroid tidak akan
menunjukkan sebarang simptom untuk kita ketahui tentang penyakit ini.
Oleh itu, elok untuk wanita membuat
pemeriksaan papsmear dan ultrasound setiap tahun atau sekurang-kurangnya dua
tahun sekali supaya fibroid dan juga cyts ovary boleh dikesan.
Kemandulan adalah satu komplikasi fibroid
manakala 99 peratus fibroid adalah benign (bukan kanser) dan kebarangkalian
fibroid menjadi kanser hanyalah satu peratus.
Bagaimanapun bukan semua fibroid yang dikesan
melalui ultrasound memerlukan rawatan. Jika fibroid itu tidak memberi sebarang
simptom ,ia boleh rawat secara konservatif.
Lawatan regular kena diteruskan.
Kebanyakan masa fibroid tidak akan menyebabkan
masalah yang bahaya tetapi ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak di mana
pesakit bolah dapat anemia.
Selain itu, satu lagi komplikasi yang bahaya
adalah bila buah pinggang membengkak.
Sekiranya fibroid menunjukkan salah satu
daripada simptom ia perlu dirawat dan rawatan yang paling sesuai adalah
pembedahan untuk mengeluarkan fibroid itu.
Tetapi sekiranya wanita itu berusia lebih
daripada 45tahun atau kurang tetapi telah menamatkan keluarga, selalunya kita
akan nasihatkan untuk membuat ‘hysterectomy’ (buang rahim) kerana ia akan
memberi rawatan yang kekal.
Bagaimanapun sekiranya wanita yang lebih muda
dan masih aktif untuk mengandung, kita akan menasihatkan untuk‘ myomectomy’
(membuang fibroid sahaja). Selain itu, doktor akan memberikan ubat
suntikan untuk mengecutkan rahim tetapi ia tidak akan menghilangkan fibroid
sepenuhnya dan rawatan ini hanya boleh diberi untuk enam bulan.
Selalunya rawatan ini digunakan sebelum
membuat pembedahan. Pembedahan boleh dibuat secara ‘laparotomy’
atau laparoskopi ikut saiz dan kehendak pesakit.
No comments:
Post a Comment