Perkembangan Penglihatan Kanak-kanak
Penglihatan adalah salah satu sensori
yang sangat penting dalam membantu pekembangan dan tumbesaran kanak-kanak.
Setiap ibubapa patut berwaspada dan tahu tentang perkembangan penglihatan anak
mereka, sama ada normal ataupun tidak. Ibubapa perlu tahu kanak-kanak tidak
dapat membezakan antara penglihatan normal ataupun tidak kerana apa yang di
lihatnya secara lansung akan diterimanya sebagai normal. Oleh itu jangan tunggu
untuk anak anda memberitahu anda atau mengadu yang pandangannya kelihatan kabur
ataupun penglihatan tidak cukup tajam, ianya tidak akan berlaku. Sekiranya anda
adalah ibubapa yang perihatin anda mungkin dapat mengesan masalah penglihatan
anak-anak anda melalui aktiviti-aktiviti yang berlangsung di rumah.
Tanda-tanda masalah penglihatan pada kanak-kanak
- Mengecilkan kelopak mata ketika menonton TV atau cuba membaca papantanda
- Juling atau cuba menutup satu mata dengan telapak tangan
- Meneleng atau menjeling ke satu arah ketika cuba fokus
- Sering menggosok mata
- Suka mengelip mata secara terlampau (twitching)
- Mata merah atau berair dalam keadaan normal
- Lahir pramatang
- Perkembangan terbantut seperti lambat berjalan
- Mempunyai penyakit sistemik seperti diabetes atau HIV
Sekiranya anda mengesan masalah di atas, berulang-ulang
kali, anak anda mungkin mempunyai masalah penglihatan. Segeralah dapatkan
pemeriksaan dan nasihat dari Optometris. Optometris akan melakukan pemeriksaan
mata secara komprehensif dan dapat mengesahkan
keadaan tersebut dengan segera .
Bayi
Bagi bayi, kebiasaanya pemeriksaan mata
akan dilakukan oleh pakar kanak-kanak ketika bayi baru lahir dan juga ketika
lawatan susulan ke klinik sepanjang tempoh setahun. Setiap bayi sepatutnya
menjalani pemeriksaan mata. Bayi selalunya dapat mengesan pergerakkan objek
sebelum dapat melihat objek dengan baik. Kebiasaannya bayi dapat melihat wajah
ibunya dengan jelas hanya selepas berumur seminggu. Ketika ini persepi warna
dan kedalaman belum lagi sempurna. Koordinasi mata dan otot mata juga masih
tidak matang dan ini adakalanya menyebabkan bayi kelihatan juling. Kejulingan
ini boleh terhapus dengan sendirinya apabila bayi semakin membesar. Tetapi jika
darjah kejulingan kelihatan semakin besar dan sekiranya makin kerap berlaku and
perlu bertindak segera.
Sekiranya anda ingin menguji sama ada
mata bayi anda sebenarnya berfungsi ataupun tidak, anda boleh mencuba mengikuti
tips berikut.
Tampal pelekat mata pada salah satu mata bayi. Sekiranya bayi menangis
atau menjadi resah ini bermakna mata yang terbuka mungkin tidak berfungsi
dengan baik. Ulang dengan mata yang satu lagi. Anda juga boleh menekup mata
bayi anda dengan menggunakan tapak tangan.
Kanak-kanak
Pada usia awal persekolahan,
perkembangan penglihatan sudah hampir sempurna. Ketika ini jika ada sebarang
tanda yang menunjukkan penglihatan terganggu, ianya amat mudah dikesan. Anda
perlu selalu memerhatikan tingkahlaku anak anda seperti menonton TV terlalu
dekat atau memegang buku terlalu dekat dengan mata, mata menjadi juling ketika
penat atau cuba melihat sesuatu objek, kepala suka meneleng ke satu arah
tertentu, mata yang selalu digosok-gosok ketika menonton TV atau cuba membaca
sesuatu atau pun sensitif pada cahaya biasa. Sekiranya anak anda tidak
menunjukkan sebarang tanda sebegini, anda masih perlu membawanya untuk
pemeriksaan mata pada ketika berumur 7 tahun sekiranya anda atau pasangan anda
mempunyai rabun mata. Rabun adalah satu keadaaan yang boleh diheriditasi dari
genetik. Sekiranya saudara-mara terdekat juga mempunyai sejarah rabun atau
penyakit mata adalah lebih baik untuk bawa anak-anak anda untuk pemeriksaan
mata. Ini adalah kerana, kadang kala, penyakit mata atau ralat refraksi hanya
dapat di kesan oleh Optometris setelah menjalankan pemeriksaan dengan
menggunakan instrumen tertentu.
Pentingnya penglihatan kepada kita semua. Seawal usia bayi dan kanak-kanak boleh menghadapi masalah penglihatan. Gabungan Omega dan Mealshakes dapat membantu perkembangan kanak-kanak dan juga bayi disamping menangani masalah tersebut. Gabungan omega dan multivitamin amat disyorkan untuk tumbesaran anak-anak kita. Bermula lah sekarang.
Untuk maklumat dan keterangan lanjut:
Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194
FB Fanpage | www.facebook.com/babyeulfah
No comments:
Post a Comment