Pages

Wednesday, 16 April 2014

ANAK AUTISMA


Autisma merupakan satu bentuk kecacatan atau masalah kurang upaya sistem perkembangan saraf otak & minda yang boleh berlaku sejak di usia seawal enam bulan lagi dan merupakan satu sindrom ketidakupayaan yang boleh kekal sepanjang hayat jika tidak mendapat sebarang rawatan. Penyakit autisma mengakibatkan fungsi memproses maklumat di dalam otak seseorang itu terjejas & menyebabkan pesakit autisma menunjukkan tiga jenis ketidakupayaan umum, iaitu 

- Masalah tidak mampu bersosial. Ini merupakan simptom utama penyakit autisma. Pesakit-pesakit autisma tidak memiliki keupayaan untuk bersosial dengan orang sekeliling mereka secara normal dan mereka selalunya tidak mempunyai mempunyai sifat empati terhadap orang lain. Mereka akan tidak mengendahkan orang lain dan kelihatan seperti termenung jauh seorang diri. Malah, ada pesakit autisma yang menunjukkan sikap-sikap yang tidak sepatutnya ditunjukkan di depan orang ramai seperti menjerit-jerit sekuat hati atau membaling-baling barang ke arah orang sekeliling. Malah, pesakit autisma lebih gemar untuk menyendiri dan bermain seorang diri walaupun dikelilingi oleh rakan-rakan sebaya yang tengah seronok bermain bersama-sama.

- Kesukaran untuk berkomunikasi secara berkesan dengan insan lain. Mereka selalunya lambat untuk bercakap dan apabila mereka cuba juga untuk berkomunikasi dengan orang lain, selalunya orang lain sukar untuk memahami apa yang mereka cuba sampaikan. Mereka turut kadang-kala bercakap dalam nada yang pelik seperti menyanyi sebagai contoh. Malah, ada di antara pesakit autisma lebih gemar untuk menggunakan bahasa isyarat tangan untuk menyampaikan hasrat di hati kepada ibubapa.

- Masalah dalam tingkah laku dan pemikiran. Ada di antara mereka yang gemar untuk melakukan satu-satu perkara berulang-ulang kali (compulsive behaviour). Ada juga yang mempunyai minat yang pelik dan berlaku agresif sekiranya ada sesiapa yang cuba menghalang minat tersebut. Sebagai contoh, ada pesakit kami yang hobinya adalah untuk membawa ranting pokok ke mana-mana sahaja yang dia pergi sehinggakan akan memarahi sesiapa sahaja yang cuba untuk mengambil ranting tersebut dari tangan pesakit tersebut.

Tanda-tanda penyakit ini selalunya muncul secara beransur-ansur dan terus bertambah kronik (jikalau tidak mendapatkan sebarang rawatan) sehingga ke umur dewasa.

Punca-punca
Masalah autisma ini berlaku tanpa mengira kira faktor bangsa, latar belakang pendidikan, kedudukan status sosial ekonomi dan gaya hidup. Sehingga ke hari ini, dunia perubatan moden masih lagi belum dapat mengesan secara pasti akan punca sebenar penyakit autisma. Namun, mengikut perubatan moden, pengaruh genetik boleh meningkatkan risiko seseorang itu untuk mendapat anak-anak autisma. Selain dari itu, sangat penting buat semua ibubapa yang mempunyai anak autisma untuk memahami bahawa penyakit tersebut tidak berpunca dari asuhan atau penjagaan yang tidak baik semasa anak-anak masih bayi.

Tanda-tanda Awal Autisma
Antara tanda-tanda awal masalah autisma yang boleh berlaku adalah seperti;
++Anak-anak yang tidak mengeluarkan sebarang perkataan yang boleh difahami sehingga umur 16 bulan
++Tidak menunjukkan minat untuk bermain atau berinteraksi dengan kanak-kanak lain
++Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek
++Gagal untuk memberi respon apabila nama dipanggil
++Suka menyendiri
++Suka menyusun objek mengikut susunan yang tersendiri

Antara Supplemen Shaklee yg dicadangkan untuk anak-anak Autisma ini ialah:

Mealshakes - Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yg diperlukan untuk membina tulang & sel-sel untuk proses membesar dengan sihat & cergas. Meal Shake juga mampu meningkatkan selera bagi kanak-kanak yg terlalu cerewet dalam pemilihan makanan.
GLA Complex - Dibukti secara klinikal bahawa GLA minyak ikan memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar & hiperaktif.
Omega Guard - Kandungan DHA yg tinggi di dalam Omega Guard membantu meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, memelihara penglihatan & pendengaran serta meningkatkan sistem imun kerana kanak-kanak Autism lebih terdedah kepada penyakit.



Untuk maklumat dan keterangan lanjut:

Watie | 017-2875135
ID Shaklee | 968194

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...